spe kelik blanje cekedi$

06 May 2011

kos perubatan di IPT dibekukan..kesian junior2 yang bekobar2 nak amek medic



tengah dok selak2 paper pagi tadi tiba2 mata aku tetumpu dekat satu kolum berita "kos perubatan di semua IPT dibekukan"..aku hanya mampu memandang dan bersimpati dekat para2 junior yang selama neyh dari tadika dah memang bercita2 nak amek medic...ape nak buat da mmg bukan rezeki korang lah budak2 junior sekalian..xpe banyak gi kos gempak2 yang melambak kat u nanti..medic neyh name jer gah weyh tapi belaja nye ya ampun tetonggeng2 ko weyh..nanti da keje ko toksah nak cerita dengan menatang oncall segala bagai ..meh bace sini~


Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar.

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai.

"Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Institut Pembangunan Profesional-Universiti Terbuka Malaysia (IPD-OUM) dengan Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (PPBM) serta melancarkan program IPD-OUM dan PPBM di Kuala Lumpur hari ini.

IPD-OUM diwakili Naib Presiden Kanan OUM Prof Dr Mansor Fadzil manakala PPBM diwakili presidennya Kwan Foh Kwai.

Mohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat sebanyak 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda.

Katanya walaupun bilangan IPT adalah 33, namun jumlah keseluruhan kursus perubatan adalah sebanyak 47 kursus kerana terdapat IPT yang menawarkan lebih daripada satu program.

"Contohnya, kursus berkembar yang ditawarkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universiti Padjajaran (Indonesia) pada 2006 dan Allianze University College of Medical Sciences; ACMS (2009)," katanya.

Katanya daripada 33 IPT terbabit, 17 IPT telah diberi pengiktirafan membabitkan lapan IPT Awam dan sembilan IPT Swasta.






dulu aku macam korang2 jugak dok mengidam nak amek medic..hebat kot jadi dokter pakai kot kepam putih merayau2 keliling hospital..tapi bila dapat tawaran pegi mideast aku tolak..kenapa??sebab time tu aku da matang kot..da boleh pikir ape yang terbaik untuk aku and aku tak rase medic neyh seswai dengan aku memandangkan aku neyh manusia yang benci pade seteress..ye aku x suke tekanan..ye belaja semua benda seteres okayh lagi2 kalo da nak final tapi ko satu chapter haram x sentuh lagi...tapi aku jamin belaja ilmu medic neyh lebih tekanannye..keke...and aku bersyukur dengan ape yang aku dapat sekarang...









p/s:aku x sampai ati nengok daging manusia di siat2...euww...tapi degree nnt aku cadang nak sambung kos yg ade cabang ngan medic ah....hahaha

6 comments:

Farhana Jafri said...

aik?? boleh plak mcm tu.. ksian junior yg smngat thap gaban nk amek kos tu.. archi pon rmai gak.. np xbekukan.. pelik2~~

jemput singgah ANASAURUS :)

manusia rumit said...

tu la pasal..may b sbb da telampau rmi kot...

Anonymous said...

maaf lah ye tp kne lah bace n faham betol2 maksd keratan akhbar tesebut..this statement for those ipt yg belom lg ade course medic n nk tmbh course tu tp kerajaan bekukan utk sementara waktu sbb nk lahirkan doktor berkualiti..still ade 17 ipta n ipts yg menawarkan medic..so still ade intake for this year :)

manusia rumit said...

anony:thanx pasal info...he~akan diperbetulkan nnt...

abah said...
This comment has been removed by the author.
abah said...

perggh..tajuk2 cenggini bleh kasik student premedic terkesima n terkedu kot...thanx to first anonymous da jelaskan dgn secara tepat.sampai 2016 ni mmg tade IPT seperti UTM yg tiada medic dbenarkan utk tambah kos medik.IPT yg sedia ada medic bleh stay on having the course.ada hope n chances lg pada medic-dreamers.